Monday, May 30, 2011

Memberi Sumbangan Kilat Kepada Ibu Tunggal






Pada hari ini,30 Mei 2011 saudara Salehin bersama Pengerusi JKKK Bagan Ajam telah menyampaikan sumbangan hamper kepada seorang ibu tunggal yang tinggal di pangsapuri Taman Emas.Ibu kepada 5 orang anak ini telah diberhentikan kerja sebagai pembantu kedai.Disamping itu saudara Salehin juga menyerahkan borang permohonan bantuan PUZ dan kerajaan negeri bagi membantu Pn Rozilah.

Lawatan Balas ke Rumah Mak Cik Normah




Pada petang 25 Mei 2011,Saudara Salehin membuat lawatan balas ke rumah mak cik Normah yang suaminya terlantar sakit dan uzur.Dalam lawatan itu juga saudara Salehin mengisi borang PUZ yang diterima oleh mak cik Normah bagi pihak suaminya.

Thursday, May 19, 2011

Pemberian Baucar Penghargaan Warga Emas




Penyelaras KADUN,saudara Salehin telah menyampaikan baucar sumbangan RM 100 kepada warga emas yang tinggal di kawasan Bagan Ajam.Disamping menyampaikan sumbangan,saudara Salehin sempat meninjau dan bertanya khabar tentang keadaan warga emas berkenaan.

Monday, May 16, 2011

Ceramah Ekspo Rakyat












Pada sebelah malam pula Ekspo Rakyat terus rancak setelah sesi pagi dan petang.Kemuncak program ini adalah Ceramah Penerangan yang disampaikan oleh Saudara Amir Ghazali selaku Ketua AMK Pulau Pinang dan juga Ahli Majlis MPSP,YB Firdaus Jaafar Ahli Parlimen Jerai,Saudara Shamsul Iskandar selaku Ketua AMK Malaysia,Saudara Chegu Bard selaku Pengerusi SAMM dan Ketua Cabang Rembau dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang juga merangkap Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang YB Dato' Mansor B. Othman.
Ceramah ini yang berjaya menarik ramai pengunjung yang begitu ramai untuk mendengar isu-isu semasa dan juga pencapaian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang telah dicapai setakat ini.

Kunjungan Rumah ke Rumah Di Pekan Darat


















Pada petang Sabtu bersamaan bersamaan dengan Ekspo Rakyat N.06,satu program khas telah diadakan iaitu kunjungan rumah ke rumah penduduk yang kurang berkemampuan di Pekan Darat.
Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi JKKK Pekan Darat En.Syed Jamaludin,Ketua Amk Tasek Gelugor Saudara Syed Mikael,Penyelaras Kadun Saudara Salehin,Timbalan Ketua Cabang Keadilan En Jamil Sakiman,Ketua Wanita Cabang Pn Norsiah dan Ajk AMK Tasek Gelugor.
Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri keadaan penduduk kampung yang daif serta menghubungkan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat.Disamping itu,sedikit sumbangan hamper yang dibekalkan oleh Pusat Khidmat Penyelaras Kadun Telok Air Tawar kepada penduduk yang dilawati.

Ekspo Rakyat di Pekan Darat


















Pada 14 Mei 2011 yang lalu,Pusat Khidmat Penyelaras KADUN Telok Air Tawar bersama JKKK Pekan Darat telah menganjurkan Program Ekspo Rakyat di perkarangan Pejabat JKKK Pekan Darat.Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi ini dijayakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Kesihatan Seberang Perai Utara,Pusat Urus Zakat,Suruhanjaya Pilihanraya Pulau Pinang dan juga Pusat Khidmat sendiri yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran warga emas,ibu tunggal dan lain-lain lagi.
Berbagai-bagai lagi aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan mewarna dan kerusi berirama bagi kanak-kanak dan juga perkhidmatan gunting rambut percuma yang disediakan oleh pihak JKKK Pekan Darat.
Program ini berlangsung sehingga jam 2 petang.kehadiran pengunjung ke program ini yang rata-ratanya dari penduduk setempat adalah mengggalakkan.
Pusat Khidmat Penyelaras KADUN Telok Air Tawar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat diatas kesudian menjayakan program yang memberi manfaat kepada penduduk kampung.
Diharap porgram seperti ini akan dapat diadakan lagi bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang bertepatan dengan slogan kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu 'Kerajaan Berjiwa Rakyat'