Thursday, November 25, 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan RM1000 Oleh Ketua Menteri


Satu majlis penyampaian sumbangan khairat kematian RM 1000 telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng bertempat di Dewan Muhibbah,Merbau Kudung,Sungai Dua pada 31 Oktober yang lalu.

Majlis yang menghimpunkan waris-waris Warga Emas yang telah meninggal dunia dari ketiga-tiga kawasan DUN dalam parlimen Tasek Gelugor iaitu DUN Telok Air Tawar,Permatang Berangan dan Sungai Dua.

Diharap dengan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh waris-waris yang terlibat.

Melawat Tapak Pembuangan Sampah


Pada 18 Oktober,bertempat di PPC Kuaters,Bagan Ajam,Penyelaras KADUN telah melakukan lawatan dan perbincangan bersama penduduk bagi membantu menyelesaikan masalah ketiadaan tong sampah.

Keadaan ini menyebabkan kawasan sekitar tercemar dengan bau yang kurang menyenangkan dan permandangan yang kurang elok.Masalah ini telah dilaporkan kepada pihak MPSP.

Lawatan Pembinaan Mini Tar Baru



Pada 5 Oktober 2010,Penyelaras KADUN melakukan lawatan ke tapak pembinaan mini tar baru di Kampung Bagan Tambang.Projek ini telah siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh penduduk setempat.

Ini merupakan hasrat Kerajaan Negeri memberi keselesaan kepada penduduk di negeri Pulau Pinang tanpa mengira fahaman politik,bangsa dan agama.

Program Gotong-royong Pembersihan Pantai




Bertarikh 25 September bertempat di Pantai Bersih dan Pantai Robina,satu program gotong-royong pembersihan pantai telah diadakan dengan kerjasama dari pihak USM,MPSP,Nokia dan The Star.Program ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng dan YB Phee Boon Poh.

Program ini bermula jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00.Peserta-peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar USM,pelajar sekolah menengah yang berhampiran,pekerja kilang Canon dan masyarakat setempat.

Program ini mendapat sambutan berikutan promosi yang dijalankan serta aktiviti sampingan yang dijalankan seperti Program Kita Semula telefon bimbit dan aksesori lama dan berbagai-bagai lagi pameran alam sekitar.

Pihak Pejabat KADUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat.Semoga dengan program sebegini dapat mendidik masyaratkat bertapa pentingnya menjaga alam sekitar yang merupakan amanah Tuhan buat kita.

Tuesday, November 23, 2010

Lawatan Kerja Timbalan S/U Kerajaan Negeri



Pada 21/9/2010 Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' HJ Muhammad Yussof B. Wazir telah mengadakan lawatan kerja di Pusat Khidmat KADUN.Tujuan lawatan diadakan bagi memantau perjalanan perkhidmatan IT(komputer) yang ada di dalam Pusat Khidmat KADUN.

Perkhidmatan ini penting buat masyarakat setempat memandangkan perkembangan IT begitu pesat berkembang di negara kita.Ini membolehkan masyarakat setempat mempelajari dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.