Monday, May 16, 2011

Kunjungan Rumah ke Rumah Di Pekan Darat


















Pada petang Sabtu bersamaan bersamaan dengan Ekspo Rakyat N.06,satu program khas telah diadakan iaitu kunjungan rumah ke rumah penduduk yang kurang berkemampuan di Pekan Darat.
Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi JKKK Pekan Darat En.Syed Jamaludin,Ketua Amk Tasek Gelugor Saudara Syed Mikael,Penyelaras Kadun Saudara Salehin,Timbalan Ketua Cabang Keadilan En Jamil Sakiman,Ketua Wanita Cabang Pn Norsiah dan Ajk AMK Tasek Gelugor.
Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri keadaan penduduk kampung yang daif serta menghubungkan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat.Disamping itu,sedikit sumbangan hamper yang dibekalkan oleh Pusat Khidmat Penyelaras Kadun Telok Air Tawar kepada penduduk yang dilawati.

No comments:

Post a Comment