Monday, May 16, 2011

Ekspo Rakyat di Pekan Darat


















Pada 14 Mei 2011 yang lalu,Pusat Khidmat Penyelaras KADUN Telok Air Tawar bersama JKKK Pekan Darat telah menganjurkan Program Ekspo Rakyat di perkarangan Pejabat JKKK Pekan Darat.Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi ini dijayakan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Kesihatan Seberang Perai Utara,Pusat Urus Zakat,Suruhanjaya Pilihanraya Pulau Pinang dan juga Pusat Khidmat sendiri yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran warga emas,ibu tunggal dan lain-lain lagi.
Berbagai-bagai lagi aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan mewarna dan kerusi berirama bagi kanak-kanak dan juga perkhidmatan gunting rambut percuma yang disediakan oleh pihak JKKK Pekan Darat.
Program ini berlangsung sehingga jam 2 petang.kehadiran pengunjung ke program ini yang rata-ratanya dari penduduk setempat adalah mengggalakkan.
Pusat Khidmat Penyelaras KADUN Telok Air Tawar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat diatas kesudian menjayakan program yang memberi manfaat kepada penduduk kampung.
Diharap porgram seperti ini akan dapat diadakan lagi bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang bertepatan dengan slogan kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu 'Kerajaan Berjiwa Rakyat'

No comments:

Post a Comment