Wednesday, January 26, 2011

Sumbangan Hamper Tahun Baru Cina di Kawasan Bagan Ajam








Pada petang 25 Januari 2011 bertempat di Pusat Khidmat Kadun Telok Air Tawar,satu majlis penyampaian hamper untuk warga emas yang bermaustatin di sekitar kawasan Bagan Ajam.
Seramai 25 orang penerima hadir menerima hamper yang disampaikan oleh Ahli Majlis MPSP,En Bakhtir Appandi,Ketua AMK Tasek Gelugor,Saudara Syed Mikael dan Pegawai Penyelaras Kadun Saudara Salehin.
Rata-rata penerima mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Pegawai Penyelaras yang mengutama dan menghargai rakyat di kawasan KADUN Telok Air Tawar.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Ahli Majlis MPSP,En Bakhtiar dan Ketua Amk,Saudara Syed kerana sudi untuk menyampaikan sumbangan.

Monday, January 24, 2011

Majlis Sumbangan Hamper Tahun Baru Cina










Pada 23 Januari 2011,bertempat di Dewan Masyarakat Taman Air Tawar Indah telah berlangsungnya majlis penyampaian hamper bagi sambutan Tahun Baru Cina kepada penduduk yang miskin sekitar Dun Telok Air Tawar.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor En.Mohd Nasir,Ahli Majlis MPSP En.Bakhtiar Appandi,Ketua AMK Tasek Gelugor En.Syed Mikael dan Pengawai Penyelaras Kadun Telok Air Tawar En,Salehin Mohd.
Seramai 45 penerima hamper yang rata-ratanya warga emas hadir bagi menerima hamper yang disampaikan oleh Ketua Cabang,En.Nasir,Ahli Majlis,En.Bakhiar,Ketua Amk,En.Syed Mikael dan Pegawai Penyelaras En.Salehin.
Di kesempatan ini Pegawai Penyelaras dan Pusat Khidmat Kadun serta PKR Cabang Tasek Gelugor mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat berketurunan cina di Telok Air Tawar dan Malaysia amnya.

Thursday, January 6, 2011

Pengumuman:Majlis Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPSP Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis Penerimaan Jawatan Ahli Majlis akan diadakan pada :

Tarikh : 07 Januari 2011 (Jumaat)
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Kenanga, Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda.

Majlis ini akan dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.


Sumber:www.mpsp.gov.my

Sunday, January 2, 2011

Program 'Kembali ke Sekolah"






Pada 1 Januari 2011,JKKK Pekan Darat telah menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah yang disumbangkan oleh Pusat Urus Zakat yang dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras KADUN kepada waris-waris yang berkelayakkan di kawasan Pekan Darat.

Sumbangan ini di sampaikan oleh Pengerusi JKKK iaitu En Syed Jamaluddin yang disertai bersama AJK JKKK Pekan Darat.

Pada waktu yang sama juga satu majlis gunting rambut secara percuma diadakan yang bertujuan memberi perkhidmatan gunting rambut kepada murid-murid yang kurang berkemampuan.Ini bertujuan bagi meringankan beban kepada waris.

Pusat Khidmat KADUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKKK Pekan Darat yang memberi kerjasama dan menganjurkan program rakyat ini.Diharap lebih banyak aktiviti yang bakal dilangsungkan di kawasan Pekan Darat dan Telok Air Tawar amnya yang akan memberi manfaat kepada rakyat.