Wednesday, January 26, 2011

Sumbangan Hamper Tahun Baru Cina di Kawasan Bagan Ajam








Pada petang 25 Januari 2011 bertempat di Pusat Khidmat Kadun Telok Air Tawar,satu majlis penyampaian hamper untuk warga emas yang bermaustatin di sekitar kawasan Bagan Ajam.
Seramai 25 orang penerima hadir menerima hamper yang disampaikan oleh Ahli Majlis MPSP,En Bakhtir Appandi,Ketua AMK Tasek Gelugor,Saudara Syed Mikael dan Pegawai Penyelaras Kadun Saudara Salehin.
Rata-rata penerima mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui Pegawai Penyelaras yang mengutama dan menghargai rakyat di kawasan KADUN Telok Air Tawar.
Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian Ahli Majlis MPSP,En Bakhtiar dan Ketua Amk,Saudara Syed kerana sudi untuk menyampaikan sumbangan.

No comments:

Post a Comment