Sunday, January 2, 2011

Program 'Kembali ke Sekolah"






Pada 1 Januari 2011,JKKK Pekan Darat telah menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah yang disumbangkan oleh Pusat Urus Zakat yang dikendalikan oleh Pegawai Penyelaras KADUN kepada waris-waris yang berkelayakkan di kawasan Pekan Darat.

Sumbangan ini di sampaikan oleh Pengerusi JKKK iaitu En Syed Jamaluddin yang disertai bersama AJK JKKK Pekan Darat.

Pada waktu yang sama juga satu majlis gunting rambut secara percuma diadakan yang bertujuan memberi perkhidmatan gunting rambut kepada murid-murid yang kurang berkemampuan.Ini bertujuan bagi meringankan beban kepada waris.

Pusat Khidmat KADUN mengucapkan ribuan terima kasih kepada JKKK Pekan Darat yang memberi kerjasama dan menganjurkan program rakyat ini.Diharap lebih banyak aktiviti yang bakal dilangsungkan di kawasan Pekan Darat dan Telok Air Tawar amnya yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment