Monday, April 25, 2011

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI KAMPUNG SETOL DAN PENYAMPAIAN BAUCAR WARGA EMAS














Pada 24 April 2011 bertempat di Kampung Setol,Telok Air Tawar,satu program gotong-royong dan penyampaian baucar Warga Emas telah diadakan.Majlis tersebut diserikan dan dirasmikan oleh EXCO Agama YB Tuan Hj Abdul Malik Kassim.
Turut hadir di dalam program ialah Penyelaras KADUN Telok Air Tawar En Salehin,Ahli Majlis MPSP En Bahktiar Appandi,Pengerusi JKKK Permatang Kuching,Ketua Cabang Keadilan Tasek Gelugor En Nasir dan Ketua AMK Saudara Syed Mikael.
Program yang bertujuan bagi merapatkan hubungan antara masyaratkat ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan.
Diharap banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dapat diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara pemimpin dan penduduk tempatan.

No comments:

Post a Comment