Satu kempen kayuhan basikal akan diadakan di daerah Seberang Perai Utara anjuran Kelab Berbasikal Butterworth(KBB) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Kempen itu akan dijalankan seperti berikut:-
TARIKH : 5 JUN 2011
MASA : 7.00 Pagi hingga 10.00 Pagi
TEMPAT : Bermula/berakhir di HADAPAN DEWAN HJ AHMAD BADAWI,BUTTERWORTH
Sebarang pertanyaan berhubung kempen ini bolehlah menghubungi Encik Ooi Kim Aun di talian 012-5549651.
Peta Lokasi...
Tuesday, April 26, 2011
Monday, April 25, 2011
PROGRAM GOTONG-ROYONG DI KAMPUNG SETOL DAN PENYAMPAIAN BAUCAR WARGA EMAS
Pada 24 April 2011 bertempat di Kampung Setol,Telok Air Tawar,satu program gotong-royong dan penyampaian baucar Warga Emas telah diadakan.Majlis tersebut diserikan dan dirasmikan oleh EXCO Agama YB Tuan Hj Abdul Malik Kassim.
Turut hadir di dalam program ialah Penyelaras KADUN Telok Air Tawar En Salehin,Ahli Majlis MPSP En Bahktiar Appandi,Pengerusi JKKK Permatang Kuching,Ketua Cabang Keadilan Tasek Gelugor En Nasir dan Ketua AMK Saudara Syed Mikael.
Program yang bertujuan bagi merapatkan hubungan antara masyaratkat ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan.
Diharap banyak lagi aktiviti-aktiviti yang dapat diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim antara pemimpin dan penduduk tempatan.
Wednesday, April 20, 2011
MAKLUMAN
Satu program gorong-royang akan diadakan pada 24 April 2011,bertempat di Kampung Setol,Telok Air Tawar anjuran bersama MPSP dan JKKK Permatang Kuching.
Program ini akan dirasmikan oleh YB Hj Abdul Malik Kasim,EXCO negeri Pulau Pinang dan bermula pada jam 8.30 pagi.
Semua adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.
Monday, April 18, 2011
Lawatan ke Rumah Warga Emas
Pada 11 APRIL 2011,Pegawai Penyelaras KADUN Telok Air Tawar bersama-sama Pengerusi JKKK Bagan Ajam,Encik Ismail Jemani telah melakukan satu lawatan ke rumah En Abdul Kasim seorang warga emas yang berumur 64 tahun yang tinggal di kampung Pantai Bersih Bagan Ajam.
Lawatan ini bertujuan bagi mengenal pasti kesukaran yang di hadapi oleh Encik Kasim yang uzur disebabkan penyakit penat yang kronik dan darah tinggi.
Beliau juga tidak dapat bekerja bagi menyara kehidupan dan dibantu oleh 2 anak yang bekerja di kilang dangan pendapatan yang rendah.
Dikesempatan itu juga Pegawai Penyelaras KADUN menyampaikan sedikit sumbangan buat En Kasim berupa barangan keperluan dapur.
Sesiapa yang ingin memberi sumbangan bolehlah menghubungi saudara Salehin di talian 017-4271581.
Subscribe to:
Posts (Atom)