Monday, August 9, 2010
Perasmian Pusat Khidmat Kadun Telok Air Tawar
Pada 30hb Julai lalu terasminya Pusat Khidmat Penyelaras Kadun N06 Telok Air Tawar.Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Y.A.B Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.Majlis tersebut turut berjalan serentak dengan Majlis Perasmian Pusat Khidmat Kadun Sungai Dua dan Permatang Berangan.
Alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar dengan pada sebelah pagi berlangsungnya pameran dari agensi-agensi kerajaan dan rawatan kesihatan.Masyarakat setempat khususnya penduduk rumah pangsa Taman Tun Dr.Awang turut memberi sokongan dengan kehadiran mereka pada majlis tersebut.
Penerangan dari Ketua Menteri sendiri berhubung isu-isu semasa dan agenda Kerajaan Negeri memberikan gambaran jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat perihatin akan masalah rakyat.
Jawatankuasa Pusat Khidmat Kadun N06 menyucapkan ribuan terima kasih pada Pengerusi JKKK Bagan Ajam En. Elias serta JKKK di bawah Kadun Telok Air Tawar dan MPSP yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment