Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Pusat Khidmat Penyelaras KADUN mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Pulau Pinang dan Malaysia.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini membawa keberkatan kepada kita.Marilah kita bersama-sama membina Malaysia dengan lebih baik lagi.Marilah kita berubah untuk selamatkan Malaysia.

Wednesday, December 29, 2010

Penyampaian Bantuan Sekolah PUZ di Pusat Khidmat KADUN



Pada 28 Disember 2010,Pegawai Penyelaras KADUN En Salehin telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan daripada PUZ kepada En Azrul Hisham yang mewakili kedua-dua anaknya yang layak menerima bantuan.Juga seorang kakak yang mewakili ketiga anaknya.

Diharap dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban kepada pihak yang terbabit.

Penyampaian Jersi Bola Sepak dan Bantuan Sekolah PUZ





Bertempat di rumah Pengerusi JKKK Permatang Binjai,En Zulkifli Mahmud,satu majlis penyerahan jersi bolasepak telah selamat diadakan.Penyerahan jersi oleh Pegawai Penyelaras Kadun Telok Air Tawar,En Salehin kepada pemuda-pemuda kampung Permatang Binjai dan disaksikan oleh Pengerusi JKKK.

Diharap dengan sumbangan jersi ini dapat memudahkan lagi aktiviti sukan bolasepak pemuda-pemuda kampung Permatang Binjai yang aktif menyertai berbagai pertandingan bolasepak yang dijalankan di sekitar Seberang Perai.

Pada masa yang sama,penyerahan bantuan dari pihak PUZ yang merupakan bantuan pakaian dan kelengkapan sekolah sempat dilakukan dan diserahkan kepada ibubapa dan anak-anak yang layak menerima bantuan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak PUZ yang sudi menyumbang pakaian dan kelengkapan sekolah kepada semua pihak yang terlibat.

Wednesday, December 22, 2010

Menurap Jalan Di Kampung Bagan Lebai Tahir




Pada 21 Disember 2010,Pegawai Penyelaras KADUN bersama Pengerusi JKKK Bagan Ajam telah memantau proses penurapan jalan oleh kontraktor.

Diharap dengan penurapan jalan ini dapat memberi keselesaan pada penduduk yang selama ini begitu mengharapkan jalan ke rumah mereka diturap.

Forum Perdana Di Telok Air Tawar





Pada malam Sabtu,18 Disember 2010 telah selamat diadakan forum perdana di Dewan Masyarakat Taman Air Tawar Indah.Forum yang bertajuk "Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah" telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama,Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna YB Haji Malik b Abul Kassim.

Ahli panel yang terlibat adalah Ustaz Syeikh Ahmad Faisol Omar,Ustaz Mutalib Maarof dan Ustaz Zakaria Ahmad dan Ustaz Rosidi Hussain bertindak sebagai Pengerusi pada malam tersebut.

Pegawai Penyelaras Kadun mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Malik yang sudi merasmikan majlis,para penceramah,hadirin yang hadir dan semua petugas.

Monday, December 13, 2010

Program Pendemokrasian Rakyat




Pada 12 Disember 2010,Pejabat Khidmat Penyelaras Kadun dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat Cabang Tasek Gelugor dan JKKK Bagan Ajam telah melaksanakan program pendemokrasian rakyat yang bertujuan mendaftar penduduk dikawasan PPC Kuaters dengan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) yang masih belum mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Seramai 30 orang telah berjaya didaftarkan sebagai pemilih yang terdiri daripada individu yang berumur 21 tahun ke atas.

Selain dari mendaftar sesi penerangan juga diadakan bagi memupuk kesedaran betapa pentingnya sebagai rakyat Malaysia melaksanakan amanah memilih pemimpin yang akan mentadbir negeri dan negara

Program ini akan terus diadakan dari masa ke semasa.Pejabat Khidmat Penyelaras Kadun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini.

Sunday, December 12, 2010

Forum Perdana


Satu Forum Perdana akan diadakan pada 18 Disember 2010 bertempat di Dewan Masyarakat Taman Air Tawar Indah,Telok Air Tawar pada jam 9.00 malam.

Semua dijemput hadir beramai-ramai ke majlis anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat KADUN Telok Air Tawar.

Wednesday, December 8, 2010

Sumbangan Bumbung Zink





Pada 8 November,Penyelaras KADUN telah melakukan lawatan ke rumah Mak Cik Fatimah Bt Abdullah yang terletak di Kampung Contoh,Bagan Ajam untuk meninjau projek penggantian bumbung zink yang telah siap disempurnakan.

Lawatan ini disertai bersama Pengerusi JKKK En Alias Wan Chek.Sempena lawatan ini juga Penyelaras KADUN sempat menyampaikan sumbangan hamper kepada Mak Cik Fatimah.

Diharap kehidupan Mak Cik Fatimah selesa setelah bumbung siap diganti.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432


Pejabat Penyelaras KADUN mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua umat Islam di Malaysia.

Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah membawa pengertian yang mendalam.Sama-sama kita berhijrah menjadi insan yang lebih baik dan bertakwa.

Penyampaian Jersi Bolasepak Kepada Pemuda Bagan Ajam



Pada 5 Disember,satu majlis penyerahan jersi kepada pemuda Bagan Ajam telah diadakan di Pejabat Penyelaras KADUN.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Cabang Keadilan Tasek Gelugor EN Nasir dan Pengerusi JKKK Bagan Ajam EN Alias Wan Chek.

Penyerahan Baucar Warga Emas






Pada 30 November di Dewan Masyarakat Taman Air Tawar Indah,satu majlis penyerahan baucar penghargaan Warga Emas telah diadakan.Seramai 81 orang warga emas telah menerima baucar RM 100 daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Penyelaras KADUN En Salehin bersama-sama Pengerusi JKKK Permatang Kuching En Zulkifli B Wan.

Pada sebelah petang pula majlis ini diadakan pula di Pejabat Penyelaras KADUN.Kali ini seramai 94 orang menerima bagi kawasan Bagan Ajam.

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran




Pada 19 November,Penyelaras KADUN menyampaikan sumbangan kilat dan melawat rumah kepada mangsa kebakaran di blok I,flat Taman Tun Dr Awang iaitu Pn Hayati.

Sumbangan juga turut dihadiri dan disampaikan oleh YB Phee Boon Poh.Pengerusi JKKK Bagan Ajam,En Alias Wan Chek juga turut sama melawat rumah yang terbakar.

Diharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh Pn Hayati sekeluarga.

Sumbangan Hamper kepada Mak Cik Kamariah



Pada 16 November,Penyelaras KADUN telah menyumbangkan hamper kepada Mak Cik Kamariah yang tinggal keseorangan di Flat Taman Tun Dr Awang.

Peyelaras KADUN sempat mendengar rintihan dan mengambil maklumat tentang keadaan kesihatan dan masalah mak cik Kamariah.

Penyampaian Mesin Rumput dan Jersi Bolasepak Pemuda Pekan Darat




Bertempat di Dewan JKKK Pekan Darat,satu majlis penyerahan mesin rumput dan jersi bolasepak yang telah disempurnakan oleh En Farid Arshad selaku Penolong Setiausha Persatuan Bolasepak Pulau Pinang kepada pemuda Pekan Darat.

Majlis yang diadakan pada 7 November ini dihadiri oleh En Yusuf Hashim selaku Pengerusi Kelab Sukan Mutiara FC menerima sumbangan.

Diharap sumbangan ini dapat membantu persatuan ini bergerak aktif dan merancakkan lagi aktiviti sukan di sekitar Pekan Darat.

Penyampaian Jersi Bolasepak Kepada pemuda Bagan Tambang



Pada hari Ahad 7 November 2010,satu majlis penyampaian jersi bolasepak telah diadakan di Dewan Masyarakat Taman Air Tawar Indah.

Keaktifan pemuda Bagan Tambang dalam aktiviti sukan bolasepak menarik minat Pegawai Penyelaras KADUN untuk menyumbangkan satu set jersi,2 biji bolasepak dan 2 biji bola sepak takraw kepada pemuda Bagan Tambang.

Majlis ini juga dianjurkan bersama oleh JKKK Permatang Kuching.Diharap sumbangan ini memudahkan pemuda Bagan Tambang untuk menjalankan aktiviti kesukanan.

Majlis Penyampaian Hamper Deepavali




Bertempat di Pejabat Penyelaras KADUN Telok Air Tawar,satu majlis penyampaian hamper kepada penduduk di DUN Telok Air Tawar telah dilaksanakan oleh Pegawai Penyelaras KADUN iaitu Saudara Salehin.

Majlis ini juga diserikan dengan kedatangan Ketua Wanita Cabang PKR Tasek Gelugor Puan Norsiah Arshad yang turut menyaksikan majlis penyampaian ini.

Semoga sedikit pemberian ini dapat meringankan beban kepada penerima dalam menyambut hari Deepavali ini.