Wednesday, July 28, 2010

Ceramah Umum

Pameran Agensi Kerajaan di Pusat Khidmat Penyelaras Kadun Telok Air Tawar





Program Ziarah Penyelaras Kadun



Minggu lepas Pegawai Penyelaras KADUN Telok Air Tawar bersama Timbalan Ketua KeADILan Cabang Sdr. Jamil Sakiman telah menyumbangkan kerusi roda serta hamper keperluan dapur kepada 2 orang warga emas di Flat Tun Dr Awang dan Kg.Bagan Ajam. Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua AMK Tasek Gelugor, Mohamad Syahmi dan Bekas Calon Dun Bertam, Puan Norsiah Arshad. Kehadiran Rombongan Penyelaras KADUN Telok Air Tawar di sambut dengan penuh mesra oleh penduduk-penduduk setempat. Ini disebabkan selama ini mereka tidak pernah dilawati oleh YB yang telah mereka pilih pada pilihanraya yg lalu.(Beliau adalah YB Jahara (AMNO). Justeru itu, Penyelaras Kadun Sdr Salehin Mohamad akan membantu golongan yang layak untuk meringankan bebanan hidup mereka.

Sunday, July 4, 2010

Ziarah Warga Emas dan OKU




Pada 2hb Julai lalu berkesempatan menziarahi salah seorang OKU Puan Norizan yang tinggal di Taman Emas Bagan Ajam.Beliau bergantung hidup bersama suaminya seorang warga emas yang bekerja sebagai Pengawal Keselamtan.Pihak Penyelaras DUN kini dalam proses memohon bantuan dari JKM dan PUZ bagi meringankan beban mereka.